Tuesday 18 July 2017

KERANA SITI NORDIANA AKU BERAZAM UNTUK KURUS

Assalamualaikum uols..

Gempak tak tajuk.haha. Saje je kan aku ni. Tp betul la aku tak tipu. Baca sampai habis kalau nak tau apa kaitan Nana dgn diet aku..

Sebenarnya proses diet aku ni ambik masa yang lama. Dalam 4 tahun gitu. Sebab diet aku on off. Ok jom aku start.

Introduction

Time kecik2 dulu aku tak gemok pon. Aku start mengembang time kat u..time tu berat capai 70kg. Alkisahnya aku ni dpt scholarship (eh.bukan nak riak) so bab duit makan tu mcm takde prob. Jadinya aku makan banyak la. Kalau dalam pukul 11 pagi tu ada masa gap before masuk lecture aku mesti singgah gerai ke kedai beli fish cake, fishball, nugget dan yg sewaktu dengannya. Mmg banyak tak terkira weyh aku makan. Time kat u aku tak makan sayur langsung uols..aku makan ayam je banyak. Aku hantu ayam. Haha. Sangat2 gilerkan ayam.. aku pernah la rse nak kurus tapi takde terpikir pon nk diet. Rasa je..Time tu target asalkan berat tak lebih 70kg pon dah ok.haha hadoi. Biasa la tu zaman kanak2 ribena kan. Pikir cuma nak grad je.

2011-2012


Sampai la aku grad pastu mengangggur lama gak setahun. Berpuluh2 iv dah pergi takde rezeki lagi..Aku makin stress so aku makan dan makan lagi.  Berat aku time ni memang sure 70kg+ tapi aku tak timbang so tak tau la berat sebenar berapa. Entah2 cecah 80kg.wuu


Mid 2012

Aku dah dapat kerja. Kerja aku ni banyak gerak sebenarnya. Yela lab kat tingkat atas. Production area kena turun tangga pulak. Sehari ada la dalam belas2 kali turun naik tangga. Pastu pusing2 dlm kilang lagi. Patutnya aku boleh kurus time ni. Tapi takpon. Aku banyak gerak tapi makan pon banyak. Aku boleh makan kfc dinner plate sampai habis. Pastu seminggu ada la dalam dua tiga kali gak. Dulu kat shah alam ada kedai nasi ayam best. Tat nasi ayam. Dah la aku hantu ayam. Aku boleh makan nasi ayam tu siap ambik yg special. Ayam double pastu nasi dua bukit. Bila aku ingat balik pon ya ampun dahsyatnya nafsu makan time tu.haha..

Mid 2013 (permulaan diet)

Time ni ada sorang officemate dia ajak aku diet. Dia nak diet guna herbalife. Aku pon pikir macam best gak ni diet ada geng. Aku pon ikut la diet tapi aku tak guna herbalife. Tak mampu weyh. Time tu gaji kecik. Kecik2 pon mampu makan kfc bnyk kali. Haha. Dah namanya hantu ayam..Aku diet ikut suka hati. Takde arah tuju. Bila dah seminggu mcm tu aku pon dok pikir2 la betul ke cara aku diet ni. Mcm tak yakin je boleh turun. Pastu aku godek2 la internet. Tak sure mcm mana boleh terjumpa website kevin zahri.. korang kenal kan kevin. Dia la yg memperkenalkan diet kalori kat malaysia ni.. pestime aku dengar pasal diet kalori ni memang menarik la. Diet ni boleh makan nasi. Tapi segenggam je..Dan boleh makan semua benda cumw kena kira kalori. Aku memang sejenis yg kena makan nasi. So sesuai la kan..time ni aku buat la diet kalori tu betul2. Before diet berat aku 73kg. Lepas diet dlm 2 bulan aku dapat turun sampai 68kg...time diet ni memang hari2 aku akan tulis apa benda aku makan n kira kalori sekali. Hari2 uols..Aku siap dah boleh hapal berapa kalori kalau makanan tu aku dah biasa makan.

P/s : thanks my friend sbb ajak aku diet..

Mid 2013

Aug 2013

Aku tukar tempat kerja. Kerja yang aku tak minat pulak tu. So otomatik diet aku pon mcm tak berapa nak menjadi..ada la turun tapi sikit dalam 1 or 2kg je. Padahal aku makan oat hari2.huu. Aku rasa sebab aku stress sgt so tak dapat fokus diet.. aku stop diet sbb takde motivation dah..


April 2014

Aku tukar kerja tapi company yg sama. Just tukar department. Ok kali ni memang kerja yang aku minat. Kerja dalam lab..dah hepi pon still tak sambung diet gak. Adeh.

November 2015 - Jan 2016

Aku tertengok video Nana nyanyi memori berkasih ngn Lan kat gegar vaganza 2.Sape tah share kat facebook. Kan time tu GV2 tengah run.Pestime nampak tu terus terkagum jap sebab nana dah berhijab pastu cantik nampak dia kurus je. Dah la suara merdu sangat2.. Sopan pulak pandai jaga diri. Anak dia pon comel. Seorang yang tabah nana ni. Pakai shawl pon cantik. Haha nampak tak. Sampai shawl pon aku telek. Terus la aku admire nana time tu jugak. Terus jadi diehard fan.haha.

Start dari memori berkasih tu aku terus start balik diet aku yg tertangguh tu. Aku diet kalori jugak bezanya time ni aku tak makan malam. So sehari aku makan dua kali je. Breakfast n lunch. Aku ni memang senang termotivate kalau tengok orang kurus. Sbb aku rasa nak jadi cantik macam orang tu jugak.Lagi2 kalau orang tu aku respect n kagum. So pejam celik pejam celik sampai hujung jan 2016 aku dapat turun dalam 5 kg dapat la berat 62kg. Ideal dah. Yehuu.

Raya 2016

Feb 2016 - sekarang




Aku ni jenis yg rangka besar so kadang2 dalam pic akan nampak berisi wpon berat badan ideal. So aku tak puas hati aku pon diet lagi. Sekarang berat aku dah 55kg..tak sangka sangat boleh dpt berat below 60kg.

Raya 2017

Kalau kira total weight loss semua 18kg. Tak tau nak express feel dia tu mcm mana. Mmg hepi la...sebab dulu memang aku rasa impossible benda ni.. memang rasa akan gemok selamanya..Nampak tak hikmah yang tak disangka2. Allah hadirkan seseorang kat hidup aku supaya aku dpt teruskan urusan yang tertangguh. Mungkin orang nampak benda ni remeh. Tapi bagi aku tuan punya badan yg rasa sendri pengalaman ni mmg syukur je blh cakap. Betul la kan setiap orang yg Allah takdirkan datang dlm hidup kita tu mesti ada sebabnya..syukur alhamdulillah n thanks Nana sbb menjadi seorang yang memberi inspirasi pada org lain dari segala segi..


Actually banyak sgt kesan positif dalam hidup aku sejak dah kurus ni. Konpem la ada perubahan di sana sini. Makin yakin kalau berdepan dgn orang. Sebab dulu rasa rendah diri. Gemok pastu selekeh pulak.huuu. Asal boleh je..tapi sekarang alhamdulillah dah makin ok..


Sekarang aku masih lagi diet sebab target nak berat 50kg..try tak makan yang manis2. Yela kan selain nak kurus kena jugak jaga kesihatan. Cuma sekarang aku just diet light2 je..takde rushing la. Yang penting kena maintain jangan bagi naik...rasanya sampai disini saja ceritaku.penat menaip oi.

P/s : iols suggest sape yg nak diet kalori tu sgt bagus beli ebook kevin zahri. Aku mmg beli dah. Banyak info yg sgt berguna dlm ebook tu uols.. Selamat berdiet..

Share this

0 Comment to "KERANA SITI NORDIANA AKU BERAZAM UNTUK KURUS"

Post a Comment